Ahad, 2 November 2014

Cream Puff & Custard Cream


Untuk membentuknya tu aku guna nozzle bintang..ada juga guna yang bulat jer.. jadi untuk yang takde nozzle tu boleh jer guna plastik biasa,pastu gunting bucu plastik tu dan picit pada saiz puff yang korang buat tu


Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Masukkan adunan dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
6Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
7Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
belah 2 tapi jangan sampai terputus....

Cuma aku tak guna microwave tapi panaskan n kacau di atas dapur menggunakan api perlahan dan sentiasa dikacau sehingga pekat.
Penggunaan nonstick pan adalah digalakkan..hehe

Custard Cream
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Selamat    Mencuba!!!


 konfem sedap...

#maaf_kan_saya_sebab_tak_ada_gambar
hehehehe

Selasa, 21 Januari 2014

happy belated birthday, my sister........

sila klik  lagu '' banana song'' dibawah

Assalamualaikum,

sanah helwah  kaklong cik Nabila telah menyambut hari jadinya pada tanggal 12 Januari yang baru lalu. Namun hari bersejarah itu sudah dikongsi menjadi sejarah juga buat kak long puan Fara  dengan wedding of the year  pada tanggal yang sama.




Khamis, 3 Oktober 2013

kuey teow (resipi )

Istimewa untuk kak long dan kak ngah.. dan semua penggemar Penang Char Kuey Teow


Untuk yang masih kempunan nak buat Penang Char Kuey Teow atau yang dah buat dan masak berkali-kali namun rasanya setakat boleh makan aje.. tapi still terbuku rasa dihati dengan satu soalan


" Napelah mak aku masak kuey teow basah  ni tak semenggah dan tak terasa seperti yang di jual di pasar malam Chempaka Sari tu.. "


Pesanan khidmat masyarakat ~ jangan salahkan mak.. salahkan diri sendiri ya.. nape tak masak?


Alhamdulillah.. selamat mencuba dengan jayanya dengan mengikuti resepi yang di copy paste dariche'iza@myresipi.com ini ya!

InshaAllah sedap.. 

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *

300 gm kuey teow

1 sb cili boh

kerang

sedikit kucai & taugeh

2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....


Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.


UTK MEETumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.


Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.


**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh...... (kena cakap loghat utara ya.. nama pun Penang Char Kuey Teow)


Amacam.. rahsianya terletak pada petis dan pati ikan bilis ya tuan2 dan puan2... tapi kalau ada diantara bahan-bahannya tiada dalam "fridge" hangpa .. bolehlah adjust seperti apa yang saya buat..

3 sk kicap pekat gantikan dengan 3 sk kicap masin
1 sk petis gantikan dengan 1 kiub ikan bilis

Daun kucai gantikan dengan daun bawang


Soalan cepumas ~ Mana nak dapat petis atau pati ikan bilis nih?

Jawapan ~ kat TESCO pun ada di jual.. atau kalau (tak berapa nak malu) ada jiran-jiran oghe kelate.. mu ngoya' le skitt... 


***
Kalau nak kawwww kaw.. sila makan dengan hirisan cili hijau besar jeruk ya!

Soalan cepuk kang ~ Cili hijau tu camne? kat ne?
Jawapan ~ kat ECONSAVE/TESCO pun ada di jual yang di dalam botol  tapi kalau cuak dengan cara pembuatannya.. maka boleh buat sendiri

Cara ~ Hiris serong tak berapa nak nipis cili besar hijau tu dan
 masukkan dalam mangkuk.  Didihkan air panas, kemudian tuangkan
 dalam mangkuk tadi setakat tenggelam cili.  Masukkan gula setakat
 2 sb dan 1 sb garam dan biarkan bahan2 tu menjiwai cili itu selama
 10-15 min.  Ini untuk yang pantang makan cuka ya.. tapi suka
 hatilah kalau nak bubuh cuka .. cara ni my SIL ~ Puan Siti Hapsah
 yang ajari.. (ingat-ingat lupa da... nampak sangat buat sekali lepas
 tu tak pernah buat lagi)